[ad_1]

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang dijangkiti novel koronavirus dan dirawat Hospital Sultanah Maliha, Langkawi disahkan pulih sepenuhnya dari virus berkenaan dan dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil ujian pengesanan ulangan yang dijalankan dua kali ke atas kanak-kanak berusia 4 tahun itu mendapati dia berada dalam keadaan sihat.

Menurut beliau, ia merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pesakit yang positif koronavirus, pulih sepenuhnya.

“Kes pertama positif novel koronavirus yang pulih sepenuhnya,” kata Dr Noor Hisham kepada Astro AWANI.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-kanak-kanak-warganegara-china-dikuarantin-di-langkawi-229070

Jelas beliau, kes ini menunjukkan bahawa jangkitan virus berkenaan boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, kanak-kanak perempuan terbabit dilaporkan positif novel koronavirus pada 29 Januari lalu, dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.

Sampel klinikal kanak-kanak terbabit telah diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut sepanjang tempoh rawatan dan pemantauan.

BACA: Dua kanak-kanak warganegara China dikuarantin di Langkawi



[ad_2]
Source link