[ad_1]

PENGKALAN HULU: Hujan lebat sejak jam 4 petang Rabu telah menyebabkan Kampung Bukit Buluh dekat sini dilanda banjir kilat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.49 petang.

Katanya, hujan lebat menyebabkan air Sungai Bukit Buluh melimpah sehingga parasnya naik hampir satu meter.

Keadaan itu menyebabkan sebuah keluarga di Jalan Bukit Buluh terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

“Bagaimanapun, setakat ini belum melibatkan pembukaan pusat pemindahan sementara,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba masih membuat pemantauan di lokasi tersebut memandang paras banjir masih belum surut.



[ad_2]
Source link