[ad_1]

KUCHING: “Kami sentiasa menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri,”.

Itu respon ringkas Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika ditanya mengenai situasi mutakhir politik negara ketika ini.

Ujarnya segala keputusan bergantung kepada kebijaksanaan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana beliau lebih memahami sentimen warga Bumi Kenyalang.

β€œKita amat percaya dia tahu mengenai sentimen rakyat Sarawak dan kita juga tahu beliau amat jelas dengan hala tuju negeri ini, jadi kami sentiasa menyokong setiap keputusan yang dibuatnya,” ujarnya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditanya mengenai pendirian GPS ketika ini berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Ketua Menteri berbuat demikian.



[ad_2]
Source link