[ad_1]

SUSULAN tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencemuh kemenangan filem Korea Selatan, Parasite di Anugerah Akademi baru-baru ini, syarikat penerbit filem itu Neon memberikan kenyataan balas.

Neon menganggap bahawa Trump tidak faham akan terjemahan dalam filem tersebut.

“Boleh difahami. Dia tidak boleh membaca (terjemahan),” kata Neon menerusi akaun Twitter rasminya sementara mengenakan hashtag #Parasite #BestPicture #Bong2020 pada hantaran itu.

Trump pada awalnya bertindak mencemuh filem Parasite ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya dalam satu perhimpunan di Colorado Springs semalam. Menerusi ucapan itu, Trump mempertikaikan keputusan Anugerah Akademi mengangkat filem kategori antarabangsa itu sebagai Filem Terbaik di pentas Oscars.

Dia turut mengatakan tidak faham dengan filem itu yang berbahasa Korea.

BACA: Teruk sangat ke filem AS? – Trump cemuh kemenangan filem Parasite di Anugerah Akademi

Filem karya Bong Joon Ho itu, pada awal Februari berjaya membuktikan kejayaan filem antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

BACA: Parasite buktikan kejayaan filem antarabangsa di Oscars 2020



[ad_2]
Source link