[ad_1]

SEREMBAN: Sebuah jabatan di Wisma Negeri di sini terpaksa ditutup selama dua hari selepas salah seorang kakitangannya dikesan positif COVID-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, kakitangan terbabit disahkan positif selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.

Oleh demikian kata beliau, tindakan lanjut akan diambil sepanjang penutupan operasi di jabatan itu bagi memastikan kawasan tersebut kekal selamat dan dapat berjalan seperti biasa.

“Setelah siasatan dan perbincangan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan Negeri, jabatan tersebut ditutup selama dua hari bagi kerja-kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya.

”Bagaimanapun, operasi jabatan lain di Wisma Negeri boleh berjalan seperti biasa berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 3 Tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihak pentadbiran kerajaan negeri akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman COVID-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan warga kerja dan pelanggan yang berurusan.

BACA: COVID-19: Pasar Besar Seremban diarah tutup

BACA: COVID-19: 70 kes baharu, 88 pulih, satu kematian dilaporkan



[ad_2]
Source link