[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji semula pemberian lesen operasi terhadap Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang diperbaharui selama enam bulan baru-baru ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, ia termasuk mengkaji semula apa sahaja kemungkinan bagi membenarkan syarikat nadir bumi itu untuk beroperasi semula di Gebeng, Kuantan.

“Saya menyokong percubaan untuk mengkaji semula keputusan itu, tetapi saya fikir ia perlu dilakukan dengan baik untuk rundingan berkesan bermakna antara rakyat dan kerajaan,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa sidang media siri Jelajah Presiden ke PKR Wilayah Persekutuan di Kompleks Darul Putri, pada Selasa.

BACA: Tiada permohonan rasmi dari Lynas berhubung tapak pelupusan kekal

BACA: Bantahan kumpulan Anti-Lynas adalah hak bersuara – Yeo Bee Yin

Sebelum ini,  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan bagi membenarkan Lynas Corporation Ltd (Lynas) membina kemudahan Pelupusan Tetap (PDF) untuk menempatkan sisa penulenan air larut lesap (WLP) kilang berkenaan tidak boleh dibuat secara semborono.

Bagaimanapun buat masa ini jelasnya, belum ada permohonan dikemukakan oleh pihak Lynas untuk membina PDF di negeri ini.

Dalam pada itu kata Anwar, rundingan mengenai lanjutan lesen Lynas boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), baru-baru ini, mengenakan tiga syarat kepada Lynas selepas memperbaharui lesen operasi kilang itu selama enam bulan.



[ad_2]
Source link