[ad_1]

BEIJING: Bilangan jangkitan wabak novel koronavirus dari China sudah merebak kepada lebih 8,200 orang di seluruh dunia pada Khamis, melebihi daripada jumlah jangkitan epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002-2003.

Reuters melaporkan, kebanyakan kes positif dikesan di negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu, berpunca daripada sebuah pasar hidupan liar haram di bandar Wuhan.

Sehingga kini, 170 nyawa terkorban akibat virus berkenaan.

Lebih daripada 100 kes telah dikenal pasti di negara-negara lain, dari Jepun hinggalah Amerika Syarikat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang masih tidak mengisytihar wabak novel koronavirus sebagai kecemasan antarabangsa, kini dalam mesyuarat di Geneva untuk mempertimbangkannya semula.

Pengisytiharan itu, jika terjadi, akan menyebabkan kawalan, pengekangan dan garis panduan perkongsian yang lebih ketat, sekali gus menjejaskan pasaran saham serta ekonomi keseluruhannya.

Itu sekali gus akan mengecewakan Beijing yang sebelum ini menzahirkan keyakinan untuk mengatasi virus tersebut.

SARS yang juga berasal dari China, menjangkiti 8,098 orang dan mengorbankan kira-kira 800 orang dan menjejaskan ekonomi global mengalami kerugian hingga AS$33 bilion pada 2003.



[ad_2]
Source link