Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pelbagai kisah dan drama dapat kita lihat sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada kali ini. Terbaharu, atlet Qatar dan Itali berjaya mencipta sejarah selepas tahun 1912 dengan berkongsi pingat emas selepas masing-masing berjaya menamatkan catatan yang sama pada acara lompat tinggi.

Detik bersejarah itu turut menarik perhatian peminat jam tangan yang teruja dengan atlet Qatar, Mutaz Essa Barshim yang menggayakan jam tangan Richard Mille RM67-02 edisi beliau sendiri yang kini bernilai $350,000 (~RM1.46 juta).

1585704660_050495_1585704730_noticia_normal

Sumber: as english

Lebih menarik, jam tangan yang pernah dinobat sebagai jam tangan Richard Mille paling ringan pada tahun 2017 ini turut dipakai beliau sewaktu membuat lompatan.

Mutaz-81C2786-©-kalory.co_.uk-1

Sumber: lux magazine

Untuk pengetahuan, Mutaz Essa Barshim yang mulai menyertai Sukan Olimpik London 2012 ini mulai berkolaborasi bersama pembuat jam tangan, Richard Mille sekitar tahun 2016 selepas menampilkan prestasi yang hebat pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Jenama ini sememangnya aktif dalam berkolaborasi bersama para atlet dan selebriti dalam menghasilkan jam tangan eksklusif. Michelle Yeoh muncul sebagai satu-satunya individu dari Malaysia yang berkolaborasi dengan Richard Mille serta mempunyai rekaan eksklusif yang tersendiri.

Ketahui lebih lanjut mengenai kisah bagaimana atlet Qatar dan Itali ini mampu berkongsi pingat emas menerusi acara yang diceburi.

‘Boleh Kami Dapat Dua Pingat Emas?’- Netizen Terharu Atlet Lompat Tinggi Sanggup Kongsi Kemenangan

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

 




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.