[ad_1]

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menjelaskan bahawa kes tujuh anggota kesihatan di Klinik Kesihatan Mantin, Nilai yang dikatakan positif COVID-19 sepertimana tular di aplikasi WhatsApp pada Khamis, masih dalam siasatan.

Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata pihaknya juga menerima satu lagi berita tular berhubung seorang kanak-kanak di daerah Port Dickson, yang turut dikatakan positif COVID-19.

“Kanak-kanak itu merupakan kontak kepada seorang pesakit dalam siasatan (PUI) yang telah disahkan negatif COVID-19 melalui ujian makmal,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan awam.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link