[ad_1]

SERIAN: Proses pembenihan awan akan dilakukan Kerajaan Sarawak bagi mengekang fenomena jerebu yang melanda beberapa daerah di negeri itu.

Proses itu kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, akan dilakukan dalam waktu terdekat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, proses tersebut juga bergantung kepada keberadaan awan sebelum pembenihan dapat dilakukan.

“Kita sedang melihat kepada keberadaan awan di kawasan terjejas seperti Kuching, Sri Aman dan juga melihat kepada arah udara.

“Kita merancang untuk melakukan pembenihan awan pada 12 September ini bagaimanapun ia bergantung sepenuhnya kepada keberadaan awan,” katanya.

Uggah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang akan berunding dengan Kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu.

Melalui rundingan itu, beliau yakin ia dapat mengurangkan bilangan titik panas sekali gus mengurangkan kesan jerebu kepada Sarawak.

Titik panas di Kalimantan telah berkurangan kepada 641 berbanding 1041 seperti yang direkodkan semalam.



[ad_2]
Source link