Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini yang mempunyai kaitan dengan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang berlangsung dari 26 hingga 29 Julai lepas di bangunan Parlimen .

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes itu melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen dari 26 hingga 29 Julai, dengan ujian saringan pra Dewan Rakyat pada 23 Julai dan ujian saringan melalui air liur (RTK-Ag) pada 29 Julai adalah negatif.

“Beliau kemudiannya menunjukkan gejala pada 31 Julai dan positif ujian PCR (Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata) dengan nilai kitaran ambang 14.88.

“Keadaan beliau bertambah teruk dan telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos untuk rawatan lanjut. Namun keadaan beliau amat kritikal dan meninggal dunia pada 9 Ogos.

“Kes ini merupakan kes kematian pertama yang baru dikesan positif Covid-19. Kes ini telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes itu merupakan antara penambahan sembilan lagi kes positif Covid-19 berkaitan sidang khas di Parlimen menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berkaitan persidangan tersebut ialah 97 kes.

Beliau berkata terdapat empat kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 hasil saringan semasa pra Dewan Rakyat yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah pada 23 Julai menerusi saringan menggunakan RTK-Ag.

Katanya kesemua kes didapati bergejala ringan serta diberikan Perintah Pengawasan dan Kawalan (HSO) di rumah dan telah pulih serta mula bekerja sesudah tamat HSO.

Beliau juga berkata terdapat empat kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang hadir semasa persidangan Dewan Rakyat termasuk satu dengan nilai kitaran ambang RT-PCR 19.62 manakala yang lain antara 32.76 hingga 36.07.

Dr Noor Hisham berkata enam kes telah mendapat vaksinasi lengkap manakala dua lagi adalah kanak-kanak (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin.

Beliau berkata siasatan KKM setakat ini mendapati walaupun kes positif terbabit tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain kecuali kontak rapat namun perkongsian bilik dan kemudahan asas seperti tandas, surau serta ruang makan oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan Covid-19 di Parlimen.

“Adalah dimaklumkan bahawa lapan sampel kes Parlimen yang mempunyai nilai kitaran ambang rendah telah dihantar ke IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk ujian genomik. Didapati sebanyak lima daripadanya adalah varian VOC (varian yang membimbangkan) Delta manakala dua sampel tidak berjaya diproses dan satu sampel lagi masih menunggu keputusan.

“Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala, mereka dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Pada 8 Ogos, dilaporkan sejumlah 88 kes positif Covid-19 dikenal pasti mempunyai kaitan dengan persidangan di Parlimen.

– Bernama


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.