[ad_1]

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan negara dalam keadaan terkawal ketika kemelut politik masih belum menunjukkan tanda reda.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador  berkata rakyat tidak perlu khuatir dengan dakwaan segelintir pihak kononnya ada pihak luar yang mahu mencampuri urusan negara.

“Satu perkara lagi tentang spekulasi kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (ke Istana Negara).

“Ini satu perbuatan tidak bertanggungjawab sedangkan kehadiran kami untuk (memberikan) taklimat terkini mengenai keselamatan negara,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sesi majlis mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, di sini.

Justeru, Abdul Bador memberi amaran kepada pihak tersebut agar tidak membuat kenyataan yang boleh mencetuskan provokasi dan menganggu gugat ketenteraman awam.

Terdahulu, Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat khas bersama Al-Sultan Abdullah.

Kesemua Raja-Raja Melayu selesai berangkat meninggalkan Istana Negara sekitar 4.04 petang.



[ad_2]
Source link