PONTIAN: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon penduduk Tanjung Piai untuk tidak mengundi calon yang salah hanya untuk menunjukkan perasaan ‘marah’ kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, jika mereka berbuat demikian, ia akan menjadi satu kerugian kerana calon yang dipilih tidak boleh memberi khidmat yang diperlukan untuk menjamin pembangunan di kawasan itu.

“Jangan undi sebab marah, kerana kalau pilih yang marah, pembangunan jauh sekali. Dan jangan silap pangkah dan memilih orang yang tidak boleh berkhidmat,” katanya ketika berucap di majlis Ceramah Mega anjuran Pakatan Harapan di Terminal Bas Kukup, di sini Rabu malam.

Turut hadir ialah pimpinan kanan Pakatan Harapan seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution, serta calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini.

BERITA LANJUT MENYUSUL





Source link