[ad_1]

ALOR SETAR: Seluruh pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mempermainkan dan mengkhianti amanah yang diberikan rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu dengan menjalinkan pakatan baharu bersama parti pembangkang untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

Jelas Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, tindakan sedemikian adalah satu perbuatan gelojoh pemimpin-pemimpin tertentu samada dari PH, Pas, UMNO atau beberapa parti pembangkang lain yang mempunyai agenda peribadi untuk memiliki semula kuasa mentadbir Malaysia.

Dalam kenyataan di laman sosial sosial Facebook miliknya, beliau menasihatkan mana-mana pimpinan PH yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan yang dikeluarkan pimpinan tertinggi parti dan mempunyai usaha untuk membentuk “pakatan baharu” agar menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat yang baharu dan sah daripada rakyat.

“Saya daripada dulu sebut bahawa kita kena hormati mandat rakyat, mandat rakyat adalah pakatan harapan jadi kalau kita betul tak setuju tak puas hati, tunggulah mandat rakyat semula, jadi masa mandat rakyat tu adalah dalam pilihan raya akan datang.

“Jadi sekarang ni yang disebut Pakatan Nasional ni adalah disebabkan ada agenda peribadi pemimpin yang gelojoh kuasa, dia nak kuasa, kalau pembangkang nak jadi kerajaan, padahal rakyat, tak sokong (pembangkang), rakyat pilih mereka sebagai pembangkang pada masa ni, tapi mereka nak berkuasa (dengan segera),” katanya.

Tambah Ismail, apa apa tindakan membentuk koalisi Pakatan Nasional atau “kerajaan pintu belakang” adalah perkara yang tidak boleh dihormati rakyat sama sekali.

Ia bukan sahaja merampas kuasa daripada parti sah dipilih menerusi mandat rakyat bahkan melanggar amalan dan kesuburan sistem demokrasi yang diamalkan negara.

“Mulanya bentuk Muafakat Nasional yang tu sama-sama pembangkang, dalam kerajaan pun ada yang gatal (kemaruk kuasa) tu dalam Pakatan Harapan, join sekali jadi Pakatan Nasional. Jadi pada saya, apapun yang terjadi kita tak respect lah.

“Kalau betul pun berlaku macam Perak dulu, maka kita rasa sesuatu yang pada saya tidak sepatutnya berlaku dalam sistem demokrasi yang kita amalkan,” jelas beliau.

Amanah Kedah kini memiliki empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Kedah.

Parti terbabit berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah yang baharu bersama sama Bersatu (6 kerusi DUN), PKR (7 kerusi DUN) dan DAP (1 kerusi DUN) manakala di pihak pembangkang Pas memiliki kerusi DUN tertinggi di negeri itu dengan 15 kerusi diikuti Barisan Nasional (2 kerusi DUN).



[ad_2]
Source link