[ad_1]

GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu Institusi Kehakiman Syariah negara terus diperkasakan, agar terus cemerlang dimasa depan.

Seri Paduka turut menzahirkan harapan baginda untuk melihat jawatan Ketua Hakim dan Hakim Syarie di Malaysia dapat dipertingkatkan mengikut kelayakan masing-masing.

Baginda bertitah, pengiktirafan mengikut kelayakan tersebut dapat memastikan institusi pentadbiran Islam diurus dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

“Kalau kita memperluaskan status hakim hingga satu tahap tinggi, ramai yang akan berkumpul untuk jawatan. Kalau kita mengehadkan jawatan ke tahap yang tidak menarik mungkin jawatan ini akan dianggap sebagai jawatan sambi lewa dan tidak dapat menaikkan jawatan, karier sebagai.

“Impian hendak lihat jabatan mufti, hakim dapat diberi tempat sewajarnya. Kita lihat, kita tahu, kita baca, kita dengar selalu. Macamana keadaan agama Islam dihebohkan, boleh dapat kurangkan masalah dan dipercepatkan untuk di selesaikan,” titah Baginda pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang di Batu Gantung, Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Turut berangkat  Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda berdua tiba di perkarangan kompleks tersebut sekitar jam 10.40 pagi disambut oleh Yang Di Pertua Negeri, Datuk Abdul Rahman Abbas bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Dalam pada itu, Baginda berharap Malaysia akan kekal menjadi sebuah negara contoh kepada negara luar yang kebanyakkannya kagum dengan keharmonian rakyat negara ini.

Titah Baginda, dalam pertemuan Baginda bersama Archbishop of Canterbury, Justin Welby ketika berkunjung ke United Kingdom baru-baru ini, pemimpin tersebut menyatakan kekagumannya dengan keharmonian beragama rakyat Malaysia.



[ad_2]
Source link