[ad_1]

PENYANYI dan pelakon, Izzue Islam buat pertama kalinya muncul dengan lagu patriotik sempena Kemerdekaan serta Hari Malaysia berjudul This Is Malaysia.
 
Menurut Izzue, bukan mudah menghasilkan lagu tersebut kerana dia perlu menyusun ayat yang mudah difahami buat semua lapisan masyarakat dan umur.
 
“This Is Malaysia sebuah lagu ciptaan saya dan isteri, Awin Nurin. Ia dihasilkan untuk menunjukkan semangat cintakan negara Malaysia.
 
“Lagu ini menceritakan tentang kami rakyat Malaysia sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan negara yang kami cintai.
 
“Sebenarnya kami menghadapi cabaran semasa menulis lirik lagu ni.
 
“Ia adalah kerana kami perlu sulam bait-bait ayat dan lirik supaya mudah difahami dan dalam masa yang sama easy listening untuk semua lapisan masyarakat dan umur.
 
“Lagipun saya masih baru dalam bidang penulisan lagu, jadi memang agak mencabar,” katanya ketika dihubungi Gempak.
 
Bagaiamanapun, Izzue akui berbangga kerana dapat menghasilkan karya tentang tanah airnya.
 
“Saya sangat berbangga kerana dapat menghasilkan karya yang mengangkat cinta pada tanah air.
 
“Apa yang saya harapkan adalah sokongan daripada semua supaya lagu ni diterima ramai,” tambahnya lagi.
 
This Is Malaysia telah dilancarkan di YouTube dan semua digital platform seperti Spotify, iTunes dan Deezer



[ad_2]
Source link