[ad_1]

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengarahkan pegawai kementeriannya untuk menyediakan satu Memorandum Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan Kabinet pada bulan ini berhubung tindakan terhadap mereka yang memandu dalam keadaan pengaruh alkohol atau dadah. 

Jelasnya, cadangan pindaan terhadap Akta 333 ini juga mengambil kira pandangan semua pemegang taruh termasuk orang ramai.

“Hari ini saya mempengerusikan mesyuarat khas pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khususnya Seksyen 41 hingga 45 mengenai hukuman terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya melalui status terbaharu yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya pada Isnin.  

Apa yang pasti katanya, semua hukuman bagi kesalahan tersebut akan ditambahbaik dan ditingkatkan bagi memberi pengajaran serta menghindarkan gejala pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, demi kepentingan rakyat khususnya pengguna jalan raya.

Sumber Facebook wksbmenglish



[ad_2]
Source link