[ad_1]

KUALA LUMPUR: Isteri Naib Presiden Zimbabwe, Marry Chiwenga, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Harare pada Isnin atas tuduhan cuba membunuh suaminya, Constantino Chiwenga dan melakukan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan pertama, bekas model itu didakwa cuba membunuh suaminya di Afrika Selatan dengan tidak memberikan rawatan perubatan dalam kejadian pada Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan menegaskan ketika kejadian, suaminya berada di sebuah hotel dan bukannya di hospital, ketika diterbangkan ke Afrika Selatan untuk menerima rawatan kecemasan.

Mahkamah turut diberitahu, ketika Constantino dalam kejadian pada 8 Julai lalu, tertuduh menyelinap masuk ke bilik suaminya sebelum mengarahkan pengawal keselamatan meninggalkan bilik tersebut.

Dia kemudian didakwa menanggalkan intravena dan kateter sehingga mengakibatkan Constantino mengalami pendarahan yang banyak.

Mahkamah turut dimaklumkan, tertuduh cuba membawa keluar suaminya daripada wad tersebut sebelum berjaya dihalang anggota keselamatan.

Sementara untuk pertuduhan kedua, Marry didakwa melakukan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira ASD1 juta kepada negara jiran Afrika Selatan dengan berpura-pura membayar barangan yang tidak pernah dibawa ke Zimbabwe

Mahkamah memerintah tertuduh ditahan reman sementara menunggu keputusan sama dia boleh diikat jamin atau sebaliknya.



[ad_2]
Source link