[ad_1]

TEHRAN: Iran mengeluarkan waran tangkap dan meminta bantuan Interpol untuk menahan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan puluhan yang lain, pada Isnin.

Waran tangkap itu dikeluarkan susulan serangan dron yang membunuh seorang jeneral tinggi Iran di Baghdad.

Walaupun Trump tidak akan ditangkap, namun tuduhan tersebut menandakan ketegangan meningkat di antara Iran dan AS sejak Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear bersama Tehran.

Pendakwa raya Iran, Ali Alqasimehr berkata Trump dan lebih 30 individu lain dituduh terlibat dalam serangan 3 Januari yang membunuh Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad dan menghadapi tuduhan pembunuhan dan keganasan.

Sementara itu, wakil khas AS ke Iran menepis dakwaan mengenai waran tangkap terhadap Trump dan 36 individu lain atas tuduhan melakukan serangan dron yang membunuh seorang jeneral tinggi Iran.

Pada satu sidang media di Riyadh, Arab Saudi, Brian Hook menyifatkannya satu aksi propaganda yang tidak serius, sebaliknya hanya mencerminkan tindakan kurang matang Iran.



[ad_2]
Source link