[ad_1]

TEHRAN: Iran pada Sabtu mengakui pihak tentera negara itu telah secara ‘tidak sengaja’ menembak jatuh sebuah pesawat penumpang milik Ukraine yang meragut 176 nyawa.

Lapor agensi berita  Assosiated Press (AP), satu kenyataan yang dikeluarkan menyebut faktor ‘kecuaian manusia’  sebagai punca kesilapan menembak jatuh pesawat itu pada Rabu lalu.

Pesawat Boeing 737 yang dikendalikan oleh syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine itu, terhempas di pinggiran ibu kota Tehran sejurus berlepas, hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Iran sebelum ini beberapa kali menafikan peluru berpandu miliknya menembak jatuh pesawat malang itu. Namun begitu pihak Amerika Syarikat dan Kanada yang memetik sumber perisikan masing-masing percaya Iran bertanggungjawab dalam insiden itu.

BACA: Pesawat bawa 180 penumpang terhempas di Iran

BACA: PM Kanada tuduh Iran tembak jatuh pesawat Ukraine



[ad_2]
Source link