[ad_1]

KUALA LUMPUR : Selepas kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan pelajar pulang ke rumah keluarga masing-masing bermula 27 April lalu,ia tidak bermakna kesemua mereka boleh mengabaikan langkah-langkah pencegahan.

Berikut adalah prosedur yang telah ditetapkan dalam proses penghantaran pulang pelajar yang perlu mereka tahu:

1- Pergerakan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja.

2- Pelajar yang terlibat juga akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan serta topeng muka

3- Setiap pelajar akan diambil dari kampus atau rumah sewa mereka dengan menggunakan bas dan dihantar terus ke balai polis atau pejabat daerah di kampung mereka.

4- Bagi pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah atau Sarawak, penerbangan pulang ke negeri masing-masing akan disediakan kerajaan dan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung mereka

5- Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah memutuskan mana-mana penumpang sekali pun dari Semenanjung Malaysia, mereka akan dikuarantin selama 14 hari.

Lebih 53,000 pelajar atau 85 peratus pelajar IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan terbabit dalam inisiatif itu manakala selebihnya memilih untuk kekal di kampus masing-masing.



[ad_2]
Source link