Bukan itu sahaja, pada tarikh keramat 31 Ogos ini, McDonald’s akan edarkan 60 ribu McChicken Burger kepada pelanggan yang pasang Jalur Gemilang pada kenderaan mereka.

Tak kisahlah anda nak letak dekat atas bumbung ke, dekat bonet depan atau bonet belakang ke, yang penting ada Jalur Gemilang. Jangan lupa untuk laungkan kalimat MERDEKA sebanyak 3 kali ketika membeli makanan bagi membolehkan McChicken Burger menjadi milik anda.

Walau bagaimanapun, untuk bersikap adil kepada semua pelanggan McDonald’s, tawaran ini terhad kepada 300 pelanggan pertama untuk setiap cawangan. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, McDonald’s berbesar hati menerima kepercayaan sebagai jenama Pandu-Lalu mudah akses dan paling dipercayai buat masa ini.

“Sempena bulan kemerdekaan melalui jiwa Mekdi kami mahu meraikan sambutan Hari Kebangsaan diseluruh negara dengan memacu semangat dan kegembiraan sambil memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa dari kenderaan pelanggan.

Memandangkan pilihan ini terus mendapat permintaan daripada para pelanggan, terdapat pertumbuhan yang kukuh dari tahun ke tahun bagi segmen ini, sejak pembukaan restoran Pandu-Lalu kami yang pertama di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada tahun 1988. 

Sebagai restoran khidmat segera nombor satu dengan jumlah restoran Pandu-Lalu terbesar di negara ini, McDonald’s Malaysia berharap dapat berinteraksi dan sama-sama meraikan sambutan Kemerdekaan pada bulan ini dengan seluruh rakyat Malaysia,” tambah Azmir.

Oleh itu, pastikan pada Hari Kebangsaan nanti, anda terus ke McDonald’s dan nikmati semua promosi eksklusif ini okay. Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi di atas? Jangan lupa follow media sosial McDonald’s Malaysia di bawah:

Website: McDonald’s Malaysia

Facebook:  McDonald’s Malaysia

Instagram: @mcdonaldsmalaysia




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.