[ad_1]

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 97 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), termasuk mengunjungi pusat karaoke.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 28 individu telah direman manakala 69 individu dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti di pusat karaoke atau hiburan keluarga, aktiviti refleksologi atau urut dan aktiviti (lain) yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PDRM melalui Task Force Operasi Pematuhan telah membuat 66,518 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Sebanyak 3,538 pasukan pematuhan telah membuat pemantauan melibatkan seramai 15,724 anggota,” katanya.



[ad_2]
Source link