PERSONALITI Instagram dari Indonesia Citra Ayu Mustika mencetus kontroversi apabila terlibat dalam penerbitan iklan ‘nakal’ untuk mempromosikan bukunya bertajuk ‘Uncensored‘.

Iklan tersebut yang tular di media sosial telah dikesan di sebuah portal jualan atas talian Indonesia.

Berdasarkan maklumat di portal berkenaan, buku tersebut memperincikan hal-hal berkaitan hubungan intim antara suami isteri dan memaparkan panduan untuk ‘isteri solehot‘ yang merupakan mainan kata perkataan solehah dan hot (menarik).

Citra Ayu selama ini dikenali sebagai personaliti yang sentiasa membincangkan isu-isu berkaitan perkahwinan termasuk soal hubungan intim, perancangan kewangan dan cabaran kehidupan berumah tangga.

Pendapat-pendapatnya sering dikongsi di akaun Instagram ‘Olevelove’ yang telah merekodkan pengikut 138,000 setakat hari ini.

Penglibatan Citra dalam iklan ini telah mengundang pelbagai reaksi termasuk kritikan kerana keterbukaannya dalam membicarakan di dalam kelambu.





Source link