[ad_1]

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) hari ini memerintahkan Myanmar untuk melindungi penduduk etnik Rohingya di negara itu.

Selain itu, ICJ turut memerintahkan Myanmar agar memastikan pihak tenteranya menghentikan genosid terhadap etnik tersebut.

Keputusan itu dicapai di ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kes itu dikemukakan Gambia bagi mewakili Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC).

Keputusan ini sekali gus menafikan kenyataan pembelaan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kepada hakim.

Suu Kyi sebelum ini menyifatkan dakwaan genosid terhadap etnik Rohingya hanyalah salah faham dan sebarang tindak balas dari tentera merupakan respon kepada apa yang disifatkannya sebagai ‘serangan pengganas’ pejuang Rohingya.

Dalam satu kempen ketenteraan pada Ogos 2017 oleh tentera Myanmar, lebih 700,000 warga Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.



[ad_2]
Source link