[ad_1]

IPOH: Hujan lebat berterusan hampir dua jam menyebabkan Kampung Sungai Rokam di sini, dilanda banjir kilat pada Sabtu malam.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, hujan lebat turun sejak kira-kira jam 6 petang menyebabkan air Sungai Rokam melimpah.

Katanya, air sungai yang melimpah memasuki empat buah rumah di Jalan Salak dan Jalan Tampoi di kampung itu.

“Seramai 17 penduduk kampung, termasuk seorang bayi dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) di Dewan Orang Ramai Datuk Ahmad Said,” katanya di sini.

Menurutnya, beberapa agensi terlibat membantu proses memindahkan mangsa PPS yang dibuka jam 8.30 malam.

Keadaan air banjir yang memasuki salah sebuah kediaman. - JBPM



[ad_2]
Source link