SANAA: Jurucakap Angkatan Tentera Yemen berkata, pemberontak Houthi pada Rabu telah melancarkan roket mensasarkan lapangan terbang awam di selatan bandar Abha, Arab Saudi.

Brigadier Jeneral Yahya Saree berkata, serangan itu memusnahkan kemudahan ruang hangar pesawat dan menyebabkan aliran trafik udara di lapangan terbang tersebut terjejas.

Tambahnya, serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan udara tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi di daerah pergunungan Kitaf wa al-Boqe’e di wilayah Sa’ada.

Serangan terbaru itu menyusul selepas pejuang daripada Jawatankuasa Popular melancarkan serangan dron Qasaf-3K mensasarkan lokasi tentera Arab Saudi di Jizan dan Najran lewat petang semalam. – Agensi





Source link