[ad_1]

HONG KONG: Pasukan polis antirusuhan dikerah ke seluruh Hong Kong pada sabtu bagi menghalang rancangan tunjuk perasaan pro-demokrasi besar-besaran.

Memetik laporan AFP, protes itu dilapor menyasarkan lapangan terbang.

Protes itu merupakan perhimpunan pertama selepas Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam membuat pengumuman mengejutkan awal minggu ini.

Lam membuat keputusan menarik semula rang undang-undang ekstradisi Rabu lalu.


Tindakannya menyusul selepas protes yang berlangsung sejak tiga bulan lalu bertukar menjadi ganas.

polis turut meningkatkan jumlah anggotanya di terminal bas, feri dan kereta api di sekitar bandar raya itu. Foto: AP

BACA: Rang undang-undang ekstradisi Hong Kong ditarik semula secara kekal

BACA: Penunjuk perasaan, polis bertempur di Lapangan Terbang Hong Kong

Dalam pada itu polis turut meningkatkan jumlah anggotanya di terminal bas, feri dan kereta api di sekitar bandar raya itu.

Beberapa perkhidmatan bas dan kereta api ke lapangan terbang juga didapati mengehadkan perkhidmatan mereka.

Protes itu merupakan himpunan pertama selepas Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam membuat pengumuman mengejutkan awal minggu ini. Foto: AP

BACA: Demonstrasi Hong Kong: Tren ke lapangan terbang dihentikan

BACA: Protes Hong Kong: Aktivis utama Joshua Wong antara tiga ditahan



[ad_2]
Source link