BEKAS Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO.

Menurut Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pihaknya kini sedang menyiasat Ahli Parlimen Sembrong itu, namun enggan berkongsi butiran lanjut.

“Ya, kita (Jawatankuasa Disiplin UMNO) sedang siasat Hishammuddin. Sebab disiasat tak boleh didedahkan. ia perkara sulit, belum boleh cerita. Nanti dah selesai kita cerita,” kata Apandi seperti dilaporkan portal berita Sinar Harian pada Ahad.

Berdasarkan laporan beberapa portal berita, siasatan ke atas Hishamuddin dikatakan ada kaitan dengan peremuan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bahkan, nama Hishamuddin juga pernah dikaitkan sebagai orang tengah yang berusaha menarik wakil rakyat UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hishamuddin bagaimanapun, dalam reaksinya menafikan dakwaan berkenaan.





Source link