[ad_1]

GEORGE TOWN: Polis tidak menolak kemungkinan individu yang menggunakan nama Wendy Loong di dalam media sosial Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam  telah menggunakan akaun Facebook palsu.



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan untuk menentukan siapa pemilik akaun Facebook berkenaan.



“Satu sahaja siasatan dibuat dan kita masih menjalankan siasatan oleh kerana perkara di dalam alam maya, di dalam sosial media, ini ambil masa sikit.
 
“Sebab hendak lihat dari sudut teknikal, sumber daripad mana datangnya, tetapi siasatan giat dijalankan. Besar kemungkinan dia menggunakan akaun  FB palsu, besar kemungkinan. Kalau tidak kita dah dapat lama dah,” kata Mazlan dalam sidang media selepas menghadiri majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pergawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada Ahad.
 

BACA: Hina Nabi: Didakwa diri pemilik akaun FB Wendy Loong ‘Mamu Parpu’ buat laporan polis

BACA: 483 laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Nabi Muhammad

Menurut Mazlan lagi pihak polis juga masih belum dapat mengenalpasti dari negeri mana kenyataan berbaur penghinaan itu dimuat naik.



Sebelum ini, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis mendesak tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun Facebook Wendy Loong yang bersikap biadab dan cuba mencetuskan suasana tidak harmoni di negara ini.



Setakat ini lebih 400 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang dibuat oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman Facebook itu.
 



[ad_2]
Source link