[ad_1]

KUALA LUMPUR: “Tunggulah sidang media Khamis ini di Miri, saya akan jawab.”

Itu respon ringkas Dr Ting Tiong Choon ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang melucutkan kelayakan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut kerana mempunyai dua kerakyatan, Malaysia dan Australia.

Ujarnya sebarang pertanyaan berkaitan isu itu hanya akan dijawab menerusi sidang media yang akan diadakan Khamis ini di Miri.

Keputusan majoriti tujuh-dua hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016, Dr Ting memenangi pertandingan empat penjuru di Pujut dengan majoriti 1,759 undi.



[ad_2]
Source link