[ad_1]

KUCHING: Dua juruterbang Sabah Air terselamat apabila helikopter jenis Bell206 yang dipandu mereka dengan terhempas di Marudi petang Sabtu.

Ketika kejadian, helikopter yang dengan pendaftaran 9MAZK itu sedang dalam perjalanan ke pangkalannya di sempadan Brunei dari hutan Marudi.

Menurut sumber, Kapten Mohd Dom Wahad dan Kapten Muhd Amirul Asraf baharu menurunkan penumpang iaitu tiga kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan sebelum insiden berlaku pada jam 5.57 petang.

“Kedua-duanya bagaimanapun selamat dan dibawa keluar menggunakan laluan darat ke Base Camp Jupem,” katanya.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Jo Hang ketika mengesahkan kejadian berkata, helikopter itu sepatutnya tiba di pangkalan selepas satu jam 40 minit penerbangan dari Marudi.

Kedua-dua mangsa akan dibawa keluar esok menerusi penerbangan Sabah Air, tambah sumber itu lagi.

Jabatan Penerbangan Awam juga dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.



[ad_2]
Source link