SEBUAH helikopter yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan terhempas di sebuah pulau di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat.

Pasukan penyelamat menemukan bangkai helikopter tersebut di pulau Kauai setelah pencarian dijalankan sejurus laporan kehilangannya dibuat pada jam 6.06 petang waktu tempatan selepas 40 minit ia sepatutnya mendarat.

Memetik laporan BBC, pasukan penyelamat kini sedang mencari mangsa yang kemungkinan terselamat dalam nahas tersebut.

Difahamkan, helikopter itu membawa enam pelancong mengelilingi Pantai Napali di Pulau Kauai sebelum dilanda hujan dan angin kencang.

Dua daripada penumpang helikopter kegunaan peranginan itu dipercayai kanak-kanak.

Menurut Pengawal Keselamatan Pantai Honolulu, keadaan cuaca pada Jumaat begitu mencabar dengan kelajuan angin kira-kira 45 kilometer sejam.

Tiada isyarat direkodkan daripada pengesan elektronik pesawat selepas ia dilapor hilang.





Source link