[ad_1]

HARI WESAK merupakan perayaan di sambut penganut agama Buddha.

Sehingga kini, dianggarkan sekitar lebih 500 juta orang pengikut di seluruh dunia.

Para penganut agama ini juga membina rumah ibadat mereka dengan patung Buddha yang besar sebagai peringatan kepada pengasasnya, Siddharta Gautama Buddha.

Bersempena Hari Wesak, mari kita kenali lima patung Buddha gergasi yang terletak di lima lokasi berbeza sekitar negara-negara Asia.

Lebih menarik, lokasi-lokasi ini bukan sahaja menjadi kunjungan penganut agamanya, namun turut mendapat tarikan para pelancong luar negara yang datang ke negara berkenaan.

Patung Buddha di Kelantan, Malaysia

.

Terdapat tiga patung Buddha dibina di sebuah daerah dikenali Tumpat di Kelantan.

Menariknya, patung-patung ini mempunyai tiga posisi yang berbeza iaitu berbaring, duduk dan berdiri yang terletak di tiga lokasi kampung di situ.

Patung Buddha Besar di Ling Shan, China

.

Patung Buddha Besar terletak di sebuah kawasan pergunungan Long Shan di wilayah Ling Shan, China.

Berdiri pada ketinggian 88 meter, patung ini diperbuat daripada gangsa dan mula siap dibina pada tahun 1996.

Patung Buddha Agung, Monywa, Myanmar

.

Di Myanmar pula, satu-satunya daerah yang memiliki dua buah patung Buddha gergasi turut menjadi tumpuan pelancong yang singgah di situ iaitu di Monywa.

Salah satu daripada patung itu sedang berbaring manakala satu lagi sedang berdiri.

Difahamkan, patung Buddha berbaring itu merupakan patung terpanjang di dunia kerana memiliki ukuran sepanjang 90 meter.

Patung Daibutsu Kamakura, Jepun

.

Fakta menarik tentang patung Buddha Daibutsu Kamakura di selatan Jepun ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam sebuah kuil yang besar.

Namun, sejak pembinaannya pada tahun 1252, kuil itu dipercayai telah musnah akibat tsunami melanda pada kurun ke-15.

Patung gangsa itu, bagaimanapun, masih kekal duduk dengan tenang di situ disebalik musim dan cuaca yang silih berganti.

Patung Buddha Dordenma di Thimphu, Bhutan

.

Dibina gah pada ketinggian 51.5 meter, patung Buddha Dordenma ini merupakan lambang kepada majoriti rakyat Bhutan yang menganut agama itu.

Mengikut kepercayaan ramalan kuno, patung ini sengaja dibina di tapak dikenali Taman Alam Kuanselphodrang kerana ia dipercayai dapat menyebarkan aura ketenangan dan kebahagiaan ke seluruh dunia.

BACA: Sambut Hari Wesak dalam normal baharu



[ad_2]
Source link