[ad_1]

HARGA yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesuatu produk itu berkualiti.

Perkara itu dipersetujui oleh rakyat Malaysia menerusi beberapa siri kaji selidik yang dilakukan di platform media sosial Astro AWANI.

Menurut hasil tinjauan di laman Facebook, 67 peratus orang awam tidak setuju dengan kenyataan bahawa lebih mahal harga sesuatu produk itu maka lebih tinggi dan bermutu kualitinya.

Malah, hasil pemerhatian di ruangan komen mendapati ramai berpendapat bahawa harga tidak menentukan kualiti sesuatu barangan kerana ada sesetengah barangan yang mahal tidak mempunyai kualiti yang memberangsangkan.

Selain itu, 74 peratus orang awam berkata mereka lebih mementingkan kualiti yang memuaskan ketika mencari dan memutuskan untuk membeli sesuatu barangan, manakala 26 peratus orang awam cenderung memilih harga barangan yang murah.

Malah, ada yang berpendapat bahawa kriteria yang perlu diambil kira semasa memutuskan untuk membeli sesuatu barangan itu adalah keperluan, harga dan jenama.

Hal ini kerana, tahap kualiti sesuatu barangan itu sukar diukur sebelum membeli dan menggunakan barangan tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia masih menganggap semangat patriotik tidak boleh diukur jika meskipun mereka tidak memakai barangan tempatan.

Hal ini kerana tidak semua jenis barangan dipelopori oleh perusahaan tempatan.

Selain itu tinjauan juga mendapati tidak semua barang keperluan seperti gadget elektronik, televisyen dan komputer riba mereka dikeluarkan oleh pengusaha tempatan.

Oleh itu, mereka lebih cenderung memilih barangan dalam kategori tersebut dari luar negara.

Hal ini kerana, menurut mereka sesetengah barangan seperti barangan elektronik dan telefon pintar sememangnya diperakui lebih tahan lama dan berkualiti.



[ad_2]
Source link