[ad_1]

ISTANBUL: Kerajaan Turki dibenarkan untuk menukar status bangunan ikonik, Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan tersebut selepas Majlis Negara mengemukakan petisyen yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.

Keputusan tersebut sejajar dengan seruan Presidennya, Recep Taayyip Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat dan pemimpin Kristian Ortodoks.

BACA: Hagia Sophia akan dijadikan masjid semula – Erdogan

Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan, keputusan tersebut mungkin mencetuskan ketegangan dengan negara jiran, Greece yang mahu bangunan itu dikekalkan sebagai sebuah muzium.

Sebelum ini, premis itu membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan berkenaan yang dibangunkan pada kurun keenam.

BACA: Solat tidak dibenarkan di Hagia Sophia

Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople.



[ad_2]
Source link