KUALA LUMPUR: Perjalanan NurFatima di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) hampir terhenti apabila menjadi peserta terakhir yang diumum pada segmen “Ada Lagu Ada Lagi”.

Ia menyaksikan tiada peserta yang tersingkir pada konsert minggu kelima, malam ini.

NurFatima yang mendendangkan lagu Can’t Fight The Moonlight dilihat gagal memikat hati para juri apabila berada di kedudukan paling bawah pada segmen tersebut.

Sementara, Naqiu Boboi diumum berada di kedudukan paling atas selepas menampilkan persembahan mantap dengan lagu Di Ambang Wati, nyanyian asal kumpulan Wings. GV6 diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sementara Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelima.

Untuk konsert minggu depan, 10 peserta bakal berentap dengan tema Melets.

Berikut senarai penuh peserta bersama lagu:

Juwita – Naqiu Boboi

Still loving you – Jatt

Gadis dan Bunga – One Nation Emcees

Sonata Musim Salju – Roy

Pengemis Cinta – Wann

Cinta Luar Biasa – Hady Mirza

Karena Pengalaman – Shila Amin

Suratan takdir – Sham Visa

Terus Mencintai – Feeza

Enggan – Nur Fatima





Source link