JUMLAH penduduk Eropah bertambah enam orang bermula petang nanti waktu tempatan (Lisbon – Portugal – +8 jam GMT berbanding waktu Malaysia).

Kapal layar catamaran La Vagabonde milik Riley Whitelum, 35, pasangannya Elayna Causus, 26, bayi mereka Lenny, 11 bulan, bakal berlabuh di pelabuhan Santo Amaro (Doca de Santo Amaro).

Turut menjejak kaki di daratan – pejuang cuaca Greta Thunberg; 16; bapanya Svante, 60; dan pelayar profesional Niki Hendersen, 26.

Apabila tiba, mereka dijangka tidak buang masa – berehat sebentar dan membuat persediaan untuk bergerak ke Madrid, Sepanyol di mana sedang berlangsung persidangan COP25 bertujuan menggerakkan usaha menyelamatkan dunia dari pemanasan dan perubahan cuaca.

Bagi mereka yang mahu mengikuti perjalanan Greta meredah Lautan Atlantik, temui mereka melalui #WhereIsGreta.

BACA: Di manamu Greta? COP25, 2 Disember bermula





Source link