[ad_1]

MANENBERG: Lain dari yang lain.

Seorang pendakwah Australia merekrut gengster bagi mengedarkan makanan di kawasan kejiranan miskin di Cape Town ketika tempoh berkurung.

Anggota kumpulan terbabit menghantar roti, tepung dan sayur-sayuran ke rumah di kawasan Manenberg yang juga dikenali sebagai Cape Flats.

Manenberg sering digambarkan sebagai pusat keganasan gengster di Afrika Selatan, dan kadar pembunuhannya membimbangkan.

Sebilangan besar penduduk di kawasan berkenaan tinggal sama ada di blok perumahan atau di kawasan setinggan.

Perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan memaksa banyak industri ditutup dan menyaksikan ramai penduduk di Manenberg hilang punca pendapatan.

Bekalan makanan diedar di seluruh kawasan di Cape Town yang digelar sebagai bandar ke-11 paling berbahaya di dunia pada tahun lalu.

Majlis Warganegara untuk Keselamatan Awam dan Keadilan Jenayah yang berpusat di Mexico mendedahkan, Cape Town merekodkan 2,868 pembunuhan pada 2018.

Angka itu meletakkannya di kedudukan kedua di bawah Caracas, Venezuela.



[ad_2]
Source link