[ad_1]

KLANG: Seramai 21 ahli ‘Geng Pejal Koya’ yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan premis kedai makan ditangkap dalam serbuan berasingan di sekitar Klang dan Gombak, Selangor sejak 2 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, suspek yang terdiri daripada 16 lelaki serta lima wanita berusia 20 hingga 40-an dan semuanya adalah warga asing.

Siasatan awal mendapati, dalang geng terbabit dipercayai lelaki warga Indonesia berusia 30-an.

“Kita percaya geng ini menyasarkan premis yang di tinggalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan modus operandi yang digunakan oleh geng ini adalah sama.

“Termasuk awal pagi modus operandi dia masuk melalui pintu masuk dan keluar melalui pintu utama,” jelasnya.

Polis turut merampas pelbagai barang disyaki hasil jenayah geng terbabit dianggar bernilai RM40,000, termasuk 23 telefon mudah alih, 28 kad tambah nilai, dua televisyen, tiga komputer riba dan 1,200 jam tangan berjenama.

Hasil soal siasat mendapati kumpulan tersebut disyaki mula bergiat aktif ketika tempoh PKP kerana premis ditutup serta tidak beroperasi.

Suspek kemudian menjual hasil jenayah itu kepada individu tertentu.

Semua suspek direman serta disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.



[ad_2]
Source link