[ad_1]

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dilapor berlaku di Halmahera, Indonesia pada 10.09 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berpusat 116 kilometer (km) Utara dari Ternate, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link