[ad_1]

MEXICO CITY: Satu gempa bumi kuat menggegarkan Mexico sebentar tadi.

Gempa berkekuatan 7.5 magnitud itu dilapor menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan.

Dipercayai sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian itu setakat ini.

Gempa dilapor menggoncang negeri Oaxaca dengan gegaran turut dirasai sehingga ke ibu kota Mexico City yang terletak 360 kilometer dari pusat gempa.

Menurut United States Geological Survey (USGS), impak gempa dikesan pada kedalaman 23km.

Peningkatan paras laut dikesan dan amaran tsunami telah dikeluarkan untuk Mexico, Honduras, El Salvador dan Guatemala.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL



[ad_2]
Source link