[ad_1]

ALOR SETAR : Bukan hanya menikam bapa kandungnya hingga cedera di leher, dada dan bahu, seorang lelaki turut menikam warga emas di kedai makan dalam kejadian berasingan Jumaat lalu.

Dia yang ditahan tiga jam selepas kejadian berkenaan kini dalam tahanan reman sehingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, dua mangsa iaitu bapa suspek berusia 73 tahun dan warga emas lelaki berusia 67 tahun parah serta dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HBS).

Katanya, kejadian pertama berlaku pada jam 2.45 petang dengan suspek berusia 20-an dipercayai menikam bapanya yang ditemui pengsan di tepi jalan dekat kawasan perindustrian Mergong, Alor Setar.

Manakala dalam kejadian kedua, suspek dikatakan bertindak demikian dalam keadaan mabuk dan mangsa cedera di bahu kanan dan kiri.

Tiga jam kemudian, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IDP) Kota Setar dan ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah.



[ad_2]
Source link