[ad_1]

PENDUDUK yang gagal mematuhi perintah larangan bagi membendung COVID-19 akan dimalukan atau dihukum di khalayak umum bagi memberi kesedaran kepada semua.

Pihak berkuasa Indonesia bertindak mengarahkan individu yang gagal memakai penutup hidung dan mulut, membawa sepanduk mengakui kesalahan atau menempatkan pesalah di ‘rumah berhantu’ sebagai pengajaran.

Bagi yang mengingkari penjarakan sosial pula, diarah membaca ayat suci Al-Quran di khalayak umum.

Gambar ‘pesalah’ turut dimuat naik ke laman sosial, sekali gus memastikan tahap pematuhan lebih tinggi dalam kalangan penduduk.

Indonesia mula mengerahkan kira-kira 340,000 askar bagi penguatkuasaan tindakan itu di lebih 20 bandar, bertujuan membendung penularan penyakit virus itu dengan lebih berkesan.

Di wilayah Aceh, mana-mana penduduk yang ingkar terhadap peraturan kesihatan awam itu harus menebusnya dengan membaca petikan ayat suci Al-Quran.

Sementara di Jakarta, penduduk yang tidak mematuhi penjarakan sosial akan dihukum membersihkan kemudahan awam termasuk tandas dengan memakai ‘vest’ yang melabelkan mereka melanggar peraturan.

Di bahagian timur di Kabupaten Sragen pula, pesalah dipenjarakan di rumah tinggal atau terbengkalai yang dianggap penduduk setempat sebagai berhantu, berikutan kepercayaan terhadap alam ghaib masih tinggi di Indonesia.



[ad_2]
Source link