SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan melebihi dua bulan ini, pelbagai trend mula diceburi oleh mereka yang berada di rumah.

Banyak masa lapang, sudah tentu ada sahaja yang ingin ‘diusik’ atau dicuba, daripada mereka yang tidak reti memasak, disebabkan PKP ini mereka sudah memulakan perniagaan dengan menjual makanan yang ‘dicuba-cuba’ dimasak pada sebelum ini.

Ada juga yang sebelum ini tidak pernah menghiraukan tentang hiasan kediaman rumah atau bilik, kini boleh dikatakan lebih ramai warga Malaysia mempunyai bilik yang dihias seakan-akan sebuah tempat percutian di dalam rumah.

Dalam keasyikan dan kesungguhan menghias rumah itu juga, ada beberapa golongan tidak kira kaum lelaki mahupun perempuan, cuba untuk membeli dan membela pokok hiasan.

Ini kerana, dengan membela pokok hiasan atau memiliki tanaman pokok di rumah adalah cara baik untuk menghidupkan suasana atau ‘tenaga’ ke dalam rumah.

Pokok-pokok yang ingin diletakkan di dalam rumah ini bukannya boleh dipilih mengikut sesuka hati, berikut adalah beberapa faktor yang yang perlu dipertimbangkan semasa memilih tanaman dalaman yang sesuai untuk anda dan rumah anda:

Kos penyelenggaraan

Benar, untuk membela pokok pun anda perlu memikirkan dari segi kos penjagaannya sendiri. Ini kerana, pokok-pokok itu juga makhluk yang memerlukan kepentingan udara dan air seperti manusia.

Nilai semula, berapa banyak masa terluang anda untuk diluangkan kepada kehidupan tersebut. Sekiranya anda jarang berada di rumah, kemungkinan tanaman itu tidak akan menumbuh dengan baik kerana ada yang memerlukan tahap penyiraman, penggemburan dan penempatan semula yang lebih tinggi.

Saiz tanaman bergantung kepada ruang kediaman anda

Sebilangan tumbuh-tumbuhan dalaman boleh tumbuh setinggi sepuluh kaki, jadi penting untuk memastikannya sesuai dengan ruang kediaman anda untuk mengelakkan berlakunya ruang yang sesak sehingga boleh  membuatkan anda mengabaikan tanaman tersebut.

Pencahayaan yang mencukupi

Pastikan tempat tinggal anda mempunyai sumber cahaya semula jadi yang cukup, ini kerana sebilangan besar tanaman rumah tertutup berkembang dengan cahaya semula jadi. Cukup baik jika anda mempunyai ruangan balkoni atau tingkap bilik yang terdedah kepada matahari.

Ini diantara beberapa lagi aspek yang perlu diperhatikan sebelum membeli dan menjaga pokok :-

Jika terlalu banyak

• Daun / bunga kering akan gugur
• Warna pudar
• Daun / bunga yang terkulai

Jika terlalu sedikit

• Berkembang perlahan dan cepat dalam mencari cahaya
• Daun kecil dan pertumbuhan yang lemah
• Bunga tidak mekar

Sebaik anda memiliki tanaman yang menepati citarasa anda, ini tip bagi penjagaannya pula yang disediakan oleh PropertyGuru :-

Pastikan aliran air pokok terjaga

Bagi anda yang tidak tahu, jangan siram air terlalu banyak kerana tidak bermakna makin banyak anda siram, pokok makin sihat. Jika terlebih air, ia akan terkumpul dalam tanah dan menyebabkan akar pokok reput.

Siram air dengan secukup rasa

Satu petua yang anda boleh ikut untuk semua jenis pokok adalah memastikan tanah tersebut agak kering sebelum anda menyiram.

Biasanya, anda boleh siram sehingga sedikit air berlebihan naik kembali ke atas tanah. Bila air keluar daripada bawah pasu ke piring tempat letak pasu tersebut, pastikan anda buang air supaya ia tak menyebabkan akar pokok anda mereput.

Kemaskan daun dan tanah

Bersihkan tanah daripada daun-daun kering supaya ia tidak menarik sebarang serangga. Perhatikan juga mana-mana daun yang hampir mati, dan cantas ia supaya nutrien akan pergi ke daun-daun yang memerlukannya.

Tips yang lain, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang muda di dalam rumah, jangan hiasi rumah anda dengan tanaman berduri. Ini kerana kemalangan boleh berlaku!

Begitu juga, jika anda mempunyai anjing, jangan bela tanaman yang beracun. Sekali lagi, maklumat ini harus dijelaskan pada kebanyakan label tanaman, atau tanyakan kepada pakar di pusat kebun tempatan anda.

BACA: Ingin tambah seri pada kediaman? Ini 5 pokok ‘indoor’ anda patut bela

BACA: Anda akan berpindah dalam masa terdekat? Ini tujuh tip untuk anda

BACA: Rindu untuk bercuti? Ini apa yang boleh anda jangka dalam percutian selepas PKP




Source link