[ad_1]

KUALA LUMPUR: Petarung MMA negara, Ev ‘E.T.’ Ting kini berada dalam keadaan yang baik dan semangat yang cukup tinggi.

Ia susulan kemenangan ke atas petarung Jepun, Daichi Abe pada pertarungan terakhirnya ketika acara ONE: Masters of Destiny yang berlangsung pada 12 July lepas di Kuala Lumpur.

Ting berjaya mencatat kemenangan menerusi kuncian ‘rear naked choke’ pada pusingan kedua. Ia sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah Ting di laman sendiri kepada 10-0.

Bercakap kepada ONE Championship, Ting menyatakan hasrat menentang juara dalam divisyen lightweight bagi pertarungannya selepas ini.

BACA: MMA: Ev Ting tewaskan Daichi Abe, lakar kemenangan untuk Malaysia

“Semua petarung inginkan Christian Lee, termasuklah saya”, katanya.

“Jika Lee tidak boleh bertarung, saya inginkan pemenang bagi pertarungan (Eddie) Alvarez dan (Eduard) Folayang.”

Pertarungan di antara Alvarez dan Folayang dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos ini di Manila, Filipina.

Sebagai rekod, Ting pernah bertarung bagi pertarungan merebut kejuaraan pada April 2017. Dia mencabar Folayang yang merupakan juara lightweight ketika itu.

Namun keputusan tidak menyebelahinya apabila tewas di tangan Folayang menerusi keputusan sebulat suara juri.

Walaupun tewas, Ting akui dia telah banyak memperbaiki cara dan skil pertarungannya.

“Saya telah berlatih dengan beberapa jurulatih terbaik di dunia seperti Hamish, David dan Mike. Mereka semua telah membantu saya memperbaiki pergerakan saya,” tegasnya.

Ting yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-30 pada 11 Ogos ini, kini memegang rekod keseluruhan MMA 17-6.



[ad_2]
Source link