[ad_1]

KUALA LUMPUR: Pejam celik-pejam celik, kita sudah masuk tahun yang baharu.

Pastinya bulan Januari amat dinanti-nantikan rata-rata peminat Eric Nam kerana penyanyi tersebut bakal kembali untuk menggegarkan pentas Malaysia!

Sempena dengan konsert “Before We Begin” Asia Tour 2020 di Kuala Lumpur pada 17 Januari ini, Eric akan berkunjung ke Malaysia sekali lagi untuk bertemu peminatnya.

Penyanyi ‘Honestly’ tersebut telah mengesahkan berita gembira berkenaan menerusi muat naik pada laman Twitter dan Instagramnya.

Bertempat di The Bee, Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadualkan bermula jam 8 malam.

Pada November lalu, penyanyi dan penulis lagu Korea-Amerika Selatan itu mengeluarkan album Bahasa Inggeris pertamanya ‘Before We Begin’.

Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa beliau akan mempersembahkan lagu hit daripada EP tersebut seperti ‘Congratulations’ dan ‘Love Die Young’ .

Tiket-tiket konsert telah mula dijual pada harga RM250, RM350, RM700 (VIP) dan boleh dibeli secara atas talian menerusi laman web www.ericnam.com .

Pemegang tiket VIP berpeluang untuk mendapat tiket Super Early Entry Standing, pertemuan eksklusif dan sesi bergambar serta satu barangan eksklusif yang telah ditandatangani oleh Eric.

Konsert jelajah Asia “Before We Begin” turut melibatkan lima lokasi lain iaitu Taipei, Manila, Singapore, Jakarta dan Bangkok.

Dan kepada NamNation Malaysia, jangan lupa temu janji kita bersama-sama Eric di konsert “Before We Begin” pada 17 Januari ini!



[ad_2]
Source link