QINGHAI: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh selepas bas yang mereka naiki terjerlus dalam sebuah lubang di China.

Menurut pihak berkuasa, kejadian yang berlaku di luar Hospital Xining di daerah Qinghai juga menyebabkan empat yang lain dilaporkan hilang, manakala 16 penumpang yang lain dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan seramai 1,000 pekerja keselamatan dan 30 kenderaan dikerah ke tapak kejadian.

Dalam pada itu, bas berkenaan ditarik keluar dari lubang seluas 80 meter persegi menggunakan tren dan jentera berat.

Ketika kejadian, orang ramai yang berkumpul cuba membantu mengeluarkan penumpang bas tetapi tergendala selepas runtuhan lubang itu menjadi lebih besar.

Setakat ini masih belum jelas jumlah penumpang dalam bas tersebut.

Kejadian seumpamanya pernah berlaku pada 2018 dalam kejadian yang berlaku di bandar Dazhou yang turut mengorbankan empat nyawa.




Source link