[ad_1]

PENDANG: Dua penunggang maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Sungai Tiang, hari ini.

Dalam kemalangan jam 1.50 petang itu, mangsa, Muhammad Ammar Hakimi Ariffin, 16, dari Kampung Sawa Kechil dan Ja’afare Hanaffi, 49, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Remaja berusia 16 tahun itu adalah pelajar Sekolah Vokasional di Perlis manakala Ja’afare pula bekerja sebagai pekebun.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika remaja terbabit datang dari arah Sungai Tiang dipercayai masuk ke laluan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Kampung Baru.

Akibat perlanggaran itu, motosikal yang ditunggangi remaja itu tercampak ke dalam kawasan semak di sebelah kanan jalan manakala seorang lagi mangsa tertiarap di atas jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



[ad_2]
Source link