[ad_1]

PIHAK berkuasa Croatia mengesahkan menemui jasad dua pelancong dari Korea yang lemas di sebuah sungai di Taman Negara Krka.

Kementerian Luar Korea Selatan memaklumkan ia sudah menerima perkhabaran bahawa mayat seorang lelaki berusia 50-an dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an ditemui.

Mayat dua pelancong malang itu ditemui sekitar 50 meter dari sebuah jambatan kayu.

Media melaporkan pasangan tersebut dipercayai sebagai bapa dan anak itu dijumpai di dasar sungai dalam keadaan berpengangan tangan.

Pihak polis Croatia mengatakan mereka masih lagi menyiasat punca kematian.

Dalam masa sama, Kementerian Korea Selatan telah mengesahkan kewarganegaraan melalui barangan milik mereka berdua.



[ad_2]
Source link